KATA-KATA HIKMAH

SABAR DAN USAHA ADALAH KEARAH KEJAYAAN

Rabu, 17 November 2010

PERTANDINGAN KOPI TARIK

Tinggi dah kak anum tarik, itu lah pertama kali pegang kole besar.

Tengok tu hebatnya Bos kak anum tarik kopi . Ini acara yang kemuncak pada Karnival baru-baru ini. Penat pun rasa lega, seronok sungguh.


WEB ROSE

Asalamualaikum,selamat hari raya haji, tahun ini buat da korban ? ini bunga web rose jadi da,saja cuba cuba

Ahad, 7 November 2010

GUBAHAN DARI BAHAN LAKSA




Ini adalah gubahan dari bahan laksa . Syaratnya mesti terdiri dari bahan buah timun, bawang. cili, salad dan bunga kantan atau bawang. Tengok bertapa kreatifnya mereka.


Sabtu, 6 November 2010

GUBAHAN/UKIRAN DARI BUAH NENAS




Ini adalah gubahan/ ukiran buah Nenas .Penyertaan terbuka tidak kira perempuan atau lelaki.

KARNIVAL PUSPANITA SPS

Ini adalah Jawatankuasa yang menjayakan Karnival tersebut pada 31hb, oktober 2010 baru baru ini. Sungguh tak percaya sambutan yang mengalakkan . Alhamdullah. sebanyak 8 acara telah dapat dijalan dengan lancar. Bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kak anum akan
tunjukkan acara-acara tersebut.

KOTAK HANTARAN


Assalamuailaikum ahli ahli blogger yang muda atau veteran macam kak anum. Ini kotak hantaran yang kak anum buat untuk kawan-kawan simpler saja. Jadi sesiapa berkenan minta contant kak anum o.k

Isnin, 1 November 2010

UNCANG CENDERAHATI KENDURI KAHWIN

ha........hujung tahun menjelang lagi.....ha,waktu ni la orang banyak melangsungkan perkahwinan.....senang kata musim kahwin la.......
ni...ada uncang cenderahati kenduri kahwin.......yang bagi kat tetamu vip yang hadir tu......
saiznya4x4.......harganya RM3.50......ianya elok -elok untuk sebiji telur......
kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan silalah hubungi kak anum......012-5791584......
kalau boleh bagi tau sekali dengan tema warna perkahwinan........mudahkan kak anum untuk sesuaikan dengan uncang.....ok bye

KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD
















Ini adalah permintaan daripada sepupu kak anum.... selalunya kak anum buat bunga dan kata-kat seperti 'welcome', 'hello', dan lain-lain.....tapi tiba-tiba sepupu kak anum minta buatkan kalimah Allah dan Muhammad.....kalimah tu kak anum buat gunakan kaedah sulaman...tengok-tengok jadi seperti di atas.....Alhamdulilah la...sepupu kak anum sukakannya.....
macam mana????? ok takk????
kalau nak komen silakan...kalau nak g pendapat pun silala............

Rabu, 15 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA DARI MUM CREATIVE

Rabu, 25 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA

Kepada semua pengunjung kak anum ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menjalankan Ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari Allah. Isya..Allah.
Sudah buat kueh rayake. Baju sudah siapke.berapa pasang? Rumah sudah dicat ke. Sudah siap duit rayake. Berapa banyak ke da..... selamat bertemu kembali.

Selasa, 27 Julai 2010

Balang Kuih Raya


















Ini adalah balang kuih raya bagi tahun 2010. Untuk tempahan sila hubungi Kak Anum segera.
Harga satu set balang 6 biji hanyalah RM35 tanpa bakul .

Hiasan Dinding 3


Ini size 6"Kak anum memang tak pandai
ambil gambar . kalau nak tengok dengan jelas buat la pesanan dan hubungi la 012 5791584.
Mengenai harganya tak la mahal .

Hiasan dinding 3


Kak anum buat size 7"

BERTEMU KEMBALI DG. KAWAN2 BLOG

ASSALAMUAILAIAKUM, Kawan2 blog, sehat semua . Alhamduliliah semuanya masih bernafas. Sebenar kak anum tidak sehat dan keluarga kak anum di timpa musibah. Tapi ini semua dari Yang Maha Esa Kita sebagai hamba menerima nya dengan hati yang terbuka dan redha dengan ujiannya. Buat masa ni ALhamdulilah semua nya berjalan baik seadanya. Oya macamana dengan projek Sulaman Reben. Kak anum berterima kaseh kepada sesiapa yangtelah sudi singgah ke Blog ^mum's creative^.

Jumaat, 14 Mei 2010

sarung handphone


Salam , Kak anum paparkan beberapa sarung handphone yang telah kak Anum ilhamkan melalui sulaman reben . Ini adalah pesanan dari kawan tempoh hari . Kak Anum gunakan kain baldu hitam dan pelbagai bunga sulamn R.E. Didalam nya di lapik kain. Sulaman tersebut tidak perlu guna ram. Boleh pesan kalu sudi. masa siap tidak boleh janji, boleh berunding. O.K sayonara, jumpa lagi.

Khamis, 13 Mei 2010

Sejambak Bunga dari Warga PDTSPS



salam.Kak anum hendak mengucap penghargaan dan terima kaseh kepada Puan Hajjah Rohani bt Hassan, Pegawai Daerah ,SPS yang sudi melawat kak Anum semasa di Hospital Kulim. Sejambak bunga yang mewakili warga PDTSPS yang membuat KakAnum terharu dan memberi semangat untuk cepat sembuh. Apabila sekar dan mekar kumtum bunga bunga tersebut saperti la luka-luka kak anum bertambah baik. Syukur alhamdulilah semuanya baik adanya.

Berehat di hospital Kulim




Assalamuailaikum rakan blog sekelian , rindu sungguh nak menceloteh, sebenarnya kak anum berehat dekat Hospital Kulim. Terlebih dahulu kak anum mengucapkan terima kaseh kepada staff ward 6 yang menjalankan tugas dengan baik, kak anum berpuas hati dengan keperhatian mereka, para doktor yang hebat. TAHNIAH HOSPITAL KULIM.
Ceritanya begini bulan Oktober tahun lepas kak anum rasa perut rasa sebu, megah dan sakit sikit sikit tapi tak terlaluan, jumpa doktor terus ia suruh x ray apa nak kata lagi ada batu untuk kepastian terus pergi scan didapati ada 0.7 and 1.7 are seen in the gallblader ia tu GALLSTONE , apalagi kak anum tunggu sakit baru nak ke hospital kawan ada advise suruh pergi ke hospital ,apa kak anum jawab 'nak pi buat apa kalau dak sakit' dalam pada itu kak anum pergi buat rawatan kena sampai $600.00 habuk pun tak keluar. tiba-tiba pada bulan awal april 2010 kak anum kencing berdarah selama seminggu baru la kak anum kecut. Abang suruh pergi Hospital Kullim untuk check up pada 6hb April 2010 . Nak lagi tunggu 7hb . April admitted 8hb. April Proses Pembedahan pukul 3.20 ptg keluar 7.20 mlm. batu sebesar asam boi dan sebesar makjum. Yang pelik nya Kak Anum dak Sakit langsung tapi sentiasa ketut yang sangat wangi. Itu lah cerita 'Batu Dalam Hempedu"
Kak rasa terkilan kawan ada pesan sarong handpone sulaman reben sampai hari belum tertunai tapi sudah separuh siap. harap bersabar dan minta maaf. nanti ka anum akan paparkan nanti.

Selasa, 20 April 2010

bercuti ki singapore


Gambar di atas adalah di Bird Park

Isnin, 19 April 2010

Gubahan bunga dan lipatan tuala





assalamuailaikum. selamat tengahari kak anum nak cerita sikit gambar diatas peristiwa berlaku pada 26/03/2010 dimana kak anum diberi tugas untuk menjadi Pengerusi untuk pertandingan gubahan bunga dan lipatan kain tuala tanpa bayaran kapada ahli ahli Puspanita Daerah SPS. Ramai juga peryertaannya . Pertandingan ini mengambil masa 30 minit . Tuala hijau tu yang mendapat no 1 dan gubahan dari buah pinang dan berbungakan kapur.

Gerai 13


Assalammualaikum rakan-rakan blogku......
Maaf kerana sudah lama tidak memperbaharui blog Kak Num.....
Apa khabar semua anak-anak dan rakan-rakan blogku???????
Kali ini Kak Num nak paparkan sebahagian hiasan dinding untuk dijadikan jualan pada hari Mesyuarat Agung Puspanita Pulau Pinang (1/4/2010)....
Masyaallah....Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana semuanya habis dijual........
Dengan ini,sulaman reben ternyata menjadi pilihan ramai pada masa kini.....dalam masa yang sama Kak Num telah mendapat tempahan untuk sarung handphone dan lain-lain....
Terdapat 13 gerai pada ari itu hanya gerai SPS saja yang menjual barangan kraf tangan.......




Jumaat, 5 Mac 2010

Bowling


kelab sukan dan kebajikan ofis kak num sering mengadakan sukan bowling..kak num x penah lepaskan peluang menyertai sukan bowling yang dianjurkan oleh ofis...
baqu2 ni kak num ajak anak-anak kak num bermain bersama..
terdapat 15 group 1 group da 4 orang..malangnya kak num terpisah ngan anak-anak kak num, kami di group len...
kami main 3 game dalam 1 malam, kump kak num dapat menduduki tempat yang ke 5....blehla...janji dpt gak hadiah dari x dapat langsung.....
anak laki kak num pula dpt tmpat yang ke 4 dan anak pompuan kak num dpt tmpat ke 2...
tera x????hehehe...
kami enjoy mlm 2...best giler...huhuhu

Majlis Persandingan

Ni la majlis persandingan anak jiran kak num tadi....
Sama padan sama lawa......bagai pinang dibelah dua..........
Pengantin lelaki ni sebaya dengan anak kak num yang jadi pengapit lelaki ni...
Bila la kak num nak dapt menantu...huhu tunggu dan lihat nnt k...doakan ye....
Kak num harapkan pengantin ni bahagia hingga ke anak cucu...
SELAMAT PENGANTIN BARU................................

Bergotong-royong


Kenapa la malam ni rasa nak berceloteh lagi????
Kali ni kak num nak paparkan amalan gotong-royong yang masih diamalkan di taman perumahan kak num...
Seronoknya tak terkira....biasalah orang perempuan kalau dah jumpa tu...apalagi mulala nak bercerita,bergosip....bergelak-ketawa,usik-mengusik.......
Tengok-tengok siap keja membersihkan ayam sebanyak 250 ekor....percaya tak????
Rasa lenguh yang teramat sangat pinggang-pinggang kak num .....
Bergotong-royong ni bukan saja dapat mengeratkan silaturahim malah dapat mempercepatkan keja-keja yang sedia ada.......
Bergotong-royong ni adalah untuk majlis perkahwinan anak jiran kak num yang ke-5.....

Hiasan Dinding


Ini adalah hasil hiasan dinding yang dah siap.....
Macam mana,ok tak????? Rasa kawan-kawan berapa harga yang boleh diletakkan.....
Ilham kak num datang ketika tengok cerita slot samarinda.....idea selalu mai waktu malam ngan hujung minggu........
apalagi mengamuk la suami sebab dah lambat baru nak buat keja ni.......
Lepas ni kak num tambah gambar hiasan dinding ni lagi....k....
semua dalam proses ahkir.......
Dalam jualan pada 1/4/2010 nanti kak num cadang nak buat 20 keping saja....tu pun kalau terdaya......

Hiasan Dinding


Assalammualaikum, kawan-kawan blog kerana sudi melawat blog kak num yang tak seberapa ni.........
Ini adalah projek 2010 dimana kak num jadikan hiasan dinding ni untuk jualan. Berilah sedikit komen atau pendapat mengenai projek kak num ni.....





Rabu, 17 Februari 2010

HARI JADI

Assalamuailaikum kepada kawan kawan bloger, apa khabar semua . kak anum sekarang ini tengah buat persediaan projek RE kerana pada 27/3/2020 dan 01/04/2010 kak Anum ada beli meja untuk jualan untuk Mesyuarat Agung Puspanita Peringkat Negeri. Tengah Kalut la ni., mencuba nasib pada hari tersebut. Nanti akan paparkan projek -projek hasilan itu. Kawan-kawan pada 17/02/2010 kemarin adalah Hari Jadi Kak Anum Yang Ke............. OK la setakat ini la sahaja. Bye.......

Jumaat, 15 Januari 2010

Projek 12


projek 12 ini adalah bunga ZIGZAG ROSE kak anum guna colour biru berenti kuning French Knot. kak anum suka basenya colour hitam, pasal nampak menawan. Apa kata kawan-kawan
komen la sikit ! ............... .........

projek 11

masa bercuti di pulau pangkor sebelah malam, kak anum buat bunga riben dalam bangkul nak bawa balik ke kulim eh eh ........................... anakanak merunggut tak habis habis dengan B.Ribennya komen ya pada kawan -kawan yang melawat blog ^mum's creative' bye


Isnin, 11 Januari 2010

Bercuti Di Pulau Pangkor

Pada 18,19,20 disember yang lalu, kak num sekeluarga telah pergi bercuti ke Pulau Pangkor......Happenning juga keadaan disana.....Gila betul anak kak num..lepas pantai kolam pulak ...jadi betul....
Macam-macam aktiviti yang kami cuba....berkayak,menyelam,membeli-belah.....
Kami sekeluarga betul-betul enjoy holiday di Pulau Pangkor........
Kami menetap di Coral Bay Resort...... bolehlah tahan tempat tu...itu pun dua minggu buat tempahan....Lain-lain resort full.....
Bersama keluarga memang indah.....2010 ni kami sekeluarga merancang akan bercuti ke destinasi lain pulak....





Related Posts with Thumbnails
 
design by Grumpy Cow Graphics | Distributed by Deluxe Templates