KATA-KATA HIKMAH

SABAR DAN USAHA ADALAH KEARAH KEJAYAAN

Khamis, 13 Mei 2010

Berehat di hospital Kulim




Assalamuailaikum rakan blog sekelian , rindu sungguh nak menceloteh, sebenarnya kak anum berehat dekat Hospital Kulim. Terlebih dahulu kak anum mengucapkan terima kaseh kepada staff ward 6 yang menjalankan tugas dengan baik, kak anum berpuas hati dengan keperhatian mereka, para doktor yang hebat. TAHNIAH HOSPITAL KULIM.
Ceritanya begini bulan Oktober tahun lepas kak anum rasa perut rasa sebu, megah dan sakit sikit sikit tapi tak terlaluan, jumpa doktor terus ia suruh x ray apa nak kata lagi ada batu untuk kepastian terus pergi scan didapati ada 0.7 and 1.7 are seen in the gallblader ia tu GALLSTONE , apalagi kak anum tunggu sakit baru nak ke hospital kawan ada advise suruh pergi ke hospital ,apa kak anum jawab 'nak pi buat apa kalau dak sakit' dalam pada itu kak anum pergi buat rawatan kena sampai $600.00 habuk pun tak keluar. tiba-tiba pada bulan awal april 2010 kak anum kencing berdarah selama seminggu baru la kak anum kecut. Abang suruh pergi Hospital Kullim untuk check up pada 6hb April 2010 . Nak lagi tunggu 7hb . April admitted 8hb. April Proses Pembedahan pukul 3.20 ptg keluar 7.20 mlm. batu sebesar asam boi dan sebesar makjum. Yang pelik nya Kak Anum dak Sakit langsung tapi sentiasa ketut yang sangat wangi. Itu lah cerita 'Batu Dalam Hempedu"
Kak rasa terkilan kawan ada pesan sarong handpone sulaman reben sampai hari belum tertunai tapi sudah separuh siap. harap bersabar dan minta maaf. nanti ka anum akan paparkan nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
design by Grumpy Cow Graphics | Distributed by Deluxe Templates