KATA-KATA HIKMAH

SABAR DAN USAHA ADALAH KEARAH KEJAYAAN

Jumaat, 14 Mei 2010

sarung handphone


Salam , Kak anum paparkan beberapa sarung handphone yang telah kak Anum ilhamkan melalui sulaman reben . Ini adalah pesanan dari kawan tempoh hari . Kak Anum gunakan kain baldu hitam dan pelbagai bunga sulamn R.E. Didalam nya di lapik kain. Sulaman tersebut tidak perlu guna ram. Boleh pesan kalu sudi. masa siap tidak boleh janji, boleh berunding. O.K sayonara, jumpa lagi.

Khamis, 13 Mei 2010

Sejambak Bunga dari Warga PDTSPS



salam.Kak anum hendak mengucap penghargaan dan terima kaseh kepada Puan Hajjah Rohani bt Hassan, Pegawai Daerah ,SPS yang sudi melawat kak Anum semasa di Hospital Kulim. Sejambak bunga yang mewakili warga PDTSPS yang membuat KakAnum terharu dan memberi semangat untuk cepat sembuh. Apabila sekar dan mekar kumtum bunga bunga tersebut saperti la luka-luka kak anum bertambah baik. Syukur alhamdulilah semuanya baik adanya.

Berehat di hospital Kulim




Assalamuailaikum rakan blog sekelian , rindu sungguh nak menceloteh, sebenarnya kak anum berehat dekat Hospital Kulim. Terlebih dahulu kak anum mengucapkan terima kaseh kepada staff ward 6 yang menjalankan tugas dengan baik, kak anum berpuas hati dengan keperhatian mereka, para doktor yang hebat. TAHNIAH HOSPITAL KULIM.
Ceritanya begini bulan Oktober tahun lepas kak anum rasa perut rasa sebu, megah dan sakit sikit sikit tapi tak terlaluan, jumpa doktor terus ia suruh x ray apa nak kata lagi ada batu untuk kepastian terus pergi scan didapati ada 0.7 and 1.7 are seen in the gallblader ia tu GALLSTONE , apalagi kak anum tunggu sakit baru nak ke hospital kawan ada advise suruh pergi ke hospital ,apa kak anum jawab 'nak pi buat apa kalau dak sakit' dalam pada itu kak anum pergi buat rawatan kena sampai $600.00 habuk pun tak keluar. tiba-tiba pada bulan awal april 2010 kak anum kencing berdarah selama seminggu baru la kak anum kecut. Abang suruh pergi Hospital Kullim untuk check up pada 6hb April 2010 . Nak lagi tunggu 7hb . April admitted 8hb. April Proses Pembedahan pukul 3.20 ptg keluar 7.20 mlm. batu sebesar asam boi dan sebesar makjum. Yang pelik nya Kak Anum dak Sakit langsung tapi sentiasa ketut yang sangat wangi. Itu lah cerita 'Batu Dalam Hempedu"
Kak rasa terkilan kawan ada pesan sarong handpone sulaman reben sampai hari belum tertunai tapi sudah separuh siap. harap bersabar dan minta maaf. nanti ka anum akan paparkan nanti.

Selasa, 20 April 2010

bercuti ki singapore


Gambar di atas adalah di Bird Park

Isnin, 19 April 2010

Gubahan bunga dan lipatan tuala





assalamuailaikum. selamat tengahari kak anum nak cerita sikit gambar diatas peristiwa berlaku pada 26/03/2010 dimana kak anum diberi tugas untuk menjadi Pengerusi untuk pertandingan gubahan bunga dan lipatan kain tuala tanpa bayaran kapada ahli ahli Puspanita Daerah SPS. Ramai juga peryertaannya . Pertandingan ini mengambil masa 30 minit . Tuala hijau tu yang mendapat no 1 dan gubahan dari buah pinang dan berbungakan kapur.

Gerai 13


Assalammualaikum rakan-rakan blogku......
Maaf kerana sudah lama tidak memperbaharui blog Kak Num.....
Apa khabar semua anak-anak dan rakan-rakan blogku???????
Kali ini Kak Num nak paparkan sebahagian hiasan dinding untuk dijadikan jualan pada hari Mesyuarat Agung Puspanita Pulau Pinang (1/4/2010)....
Masyaallah....Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana semuanya habis dijual........
Dengan ini,sulaman reben ternyata menjadi pilihan ramai pada masa kini.....dalam masa yang sama Kak Num telah mendapat tempahan untuk sarung handphone dan lain-lain....
Terdapat 13 gerai pada ari itu hanya gerai SPS saja yang menjual barangan kraf tangan.......




Jumaat, 5 Mac 2010

Bowling


kelab sukan dan kebajikan ofis kak num sering mengadakan sukan bowling..kak num x penah lepaskan peluang menyertai sukan bowling yang dianjurkan oleh ofis...
baqu2 ni kak num ajak anak-anak kak num bermain bersama..
terdapat 15 group 1 group da 4 orang..malangnya kak num terpisah ngan anak-anak kak num, kami di group len...
kami main 3 game dalam 1 malam, kump kak num dapat menduduki tempat yang ke 5....blehla...janji dpt gak hadiah dari x dapat langsung.....
anak laki kak num pula dpt tmpat yang ke 4 dan anak pompuan kak num dpt tmpat ke 2...
tera x????hehehe...
kami enjoy mlm 2...best giler...huhuhu

Related Posts with Thumbnails
 
design by Grumpy Cow Graphics | Distributed by Deluxe Templates